Skip to main content

Registrar UTHM

IKLAN DALAMAN KENAIKAN PANGKAT (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

logouthm.png

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

IKLAN DALAMAN

KENAIKAN PANGKAT (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan urusan kenaikan pangkat bagi jawatan-jawatan seperti yang disenaraikan dan staf yang berkelayakan dan telah memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat adalah dipelawa untuk memohon.

JAWATAN

PEGAWAI TADBIR

GRED N14 (GRED N54 - SKIM SSM)

 

1

KEKOSONGAN 

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Jadual Gaji Matriks : Minimum RM6,560.00– Maksimum RM15,360.00

Pegawai Tadbir Gred N13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir N14 yang kosong apabila telah:

  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan lebih bagi 3 tahun terkini);
  2. diperakukan oleh Ketua Jabatan;
  3. bebas dari hukuman tatatertib;
  4. telah mengisytiharkan / mengemaskini harta;
  5. syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

 

 

TARAF JAWATAN       :           TETAP

CARA MEMOHON      :

Tuan/puan diminta merujuk Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Staf Pentadbiran sebelum mengisi permohonan ini dan mengemukakan dokumen seperti berikut :


1) Borang permohonan yang perlu disi dengan lengkap  di
 http://tcis.uthm.edu.my -  ePangkat@UIS.

2) Salinan softcopy dalam bentuk pdf perlu dimuat naik ke dalam sistem pada bahagian yang berkaitan.     

3) Sila rujuk manual sebagai panduan.

Segala pertanyaan sila hubungi talian 4537108 atau 4537127.

TARIKH MULA PERMOHONAN           :           7 Mac 2025

TARIKH TUTUP PERMOHONAN          :          14 Mac 2025

  • Hits: 1834