VISI |
Menerajui pengurusan bakat yang kompeten, profesional dan bersahsiah mulia melalui kecemerlangan tadbir urus demi kelestarian universiti |
|
MISI |
Kami komited untuk merancang dan melaksanakan program-program pengurusan bakat berstruktur melalui perkhidmatan yang efektif dan efisien ke arah menyokong visi dan misi universiti |
|
MOTO |
"KAMI BERKHIDMAT" |
|
OBJEKTIF |
|
1. Mengurus sumber manusia dengan melaksanakan proses pengambilan, pengekalan dan pengurusan risiko melalui pengurusan bakat yang bersistem. |
|
2. Memberikan perkhidmatan yang bermutu, berkualiti dan mesra pelanggan melalui kecekapan pentadbiran dan pengurusan rekod yang sistematik serta pengurusan kewangan yang berhemah. |
|
3. Merancang dan melaksanakan kawalan keselamatan yang berkesan dan efektif melalui penguatkuasaan undang-undang dengan adil dan bijaksana. |
|
4. Menguruskan pembangunan sumber manusia secara holistik untuk memenuhi aspirasi dan hala tuju universiti. |
|
5. Memperkasa dalam mempertingkatkan kesejahteraan staf melalui pembangunan sosial yang profesional ke arah mewujudkan komuniti bestari dan kemakmuran sejagat. |
|
PIAGAM PELANGGAN / FUNGSI |
Berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami : |
|
1. Mewujudkan satu jentera pentadbiran yang cekap, pantas dan canggih dengan menggunakan teknologi terkini. |
|
2. Menguruskan pengambilan kategori staf akademik bertaraf tetap, pinjaman atau kontrak (warganegara) dengan cekap dan teratur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan diterima. |
|
3. Memastikan urusan kenaikan pangkat staf akademik dilaksanakan dengan teratur mengikut kriteria yang ditetapkan. |
|
4. Mewujudkan satu sistem perkhidmatan yang cekap dengan mewujudkan skim perkhidmatan yang kemaskini dan terkini bagi semua kategori staf. |
|
5. Memastikan urusan kenaikan pangkat dan tatatertib dikemukakan kepada Lembaga berkenaan dalam tempoh satu (1) bulan sekiranya semua maklumat dikehendaki lengkap. |
|
6. Memberi peluang yang sama kepada semua kategori staf untuk mendapatkan peluang menjalani latihan |
|
7. Melaksanakan program latihan kepada staf Universiti dengan teratur dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh penerimaan permohonan dengan syarat menerima dokumen yang lengkap. |
|
8. Menguruskan Permohonan melanjutkan pelajaran dan permohonan biasiswa dalam tempoh (3) bulan daripada tarikh permohonan dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap. |
|
9. Menguruskan permohonan seminar/konvokesyen/ latihan praktikal dalam tempoh satu (1) bulan sekiranya permohonan adalah lengkap. |
|
10. Menguruskan tiket penerbangan dalam tempoh tiga (4) minggu sekiranya permohonan adalah lengkap daripada tarikh permohonan. |
|
11. Memastikan keselamatan adalah sentiasa terpelihara. |
|
12. Menguatkuasakan disiplin dan peraturan yang telah ditetapkan undang-undang dan peraturan keselamatan yang digunapakai oleh Universiti. |
|
13. Menyediakan perkhidmatan kawalan lalulintas dan menentukan pergerakan kenderaan bergerak lancar. |
|
14. Menyelaras tempat letak kenderaan pada majlis Universiti dijalankan agar sentiasa teratur dan memenuhi keperluan semasa. |
|
15. Menerima setiap aduan dengan mesra dan cekap, salinan aduan akan dikeluarkan dalam masa 3 hingga 5 minit . |
|
16. Menguruskan perjalanan perkhidmatan kenderaan, pas pekerja dengan jujur dan amanah serta mengeluarkan resit rasmi bayaran dalam masa 3 hingga 5 minit. |
|
17. Menyediakan dan memajukan laporan kemalangan, kemalangan nyaris dan penyakit pekerjaan kepada Naib Canselor dan Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor dalam tempoh 72 jam bagi setiap kejadian. |
|
18. Melayan pelanggan dengan adil tanpa ada sikap pilih kasih. |
|
19. Menguruskan kemasukan pelawat dengan mesra dan cekap. |
|
20. Memastikan semua surat yang dikemukakan ke Pejabat Pendaftar diberi maklumbalas dalam tempoh 10 hari bekerja (bergantung kepada jenis surat). |
|
21. Memastikan email yang dikemukakan ke Pejabat Pendaftar diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari. |
|
22. Melaksanakan urusan kad matrik dalam tempoh 15 minit tanpa masalah sistem rangkaian. |
|
OBJEKTIF KUALITI |
|
1.Memastikan sekurang-kurangnya 90% aduan berkaitan perkhidmatan fasiliti (di bawah skop tugas BPF) diselesaikan dalam tempoh tidak lebih dari empat puluh lapan (48) jam. |
|
2. Memastikan sekurang - kurangnya 90% pengisian perjawatan tahunan tercapai dan proses lantikan (dari mula iklan hingga surat tawaran dikeluarkan) selesai dalam tempoh kurang dari enam (6) bulan. |
|
3. Memastikan proses penyerahan tuntutan khairat kematian kepada staf dan waris selesai dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas permohonan. |
|
4. Memastikan indeks kemalangan jalan raya dalam kampus tidak melebihi 0.1% setahun daripada jumlah kenderaan berdaftar. |
|
5. Memastikan 100% staf yang layak dinilai selesai proses Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dalam tempoh yang ditetapkan. |
|