Objektif Kualiti
Objektif Kualiti Pejabat Sumber Manusia (PSM)
1. Memastikan calon yang berjaya dalam temuduga ditawarkan jawatan dalam tempoh 90 hari dari tarikh temuduga dijalankan.
2. Memproses dan mengemukakan dokumen bayaran GCR kepada Pejabat Pengurusan Organisasi dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja daripada tarikh staf melengkapkan dokumen penamatan perkhidmatan.
3. Memastikan KPI bagi Modul Penamatan Perkhidmatan HRMIS mencapai sekurang-kurangnya 95% setahun.
4. Memastikan 100% staf yang layak dinilai melalui Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melengkapkan penilaian dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Objektif Kualiti Pejabat Pengurusan Organisasi (PPO)
1. Memastikan 100% proses penyerahan tuntutan khairat kematian kepada staf atau waris selesai dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja tertakluk kepada baki semasa panjar khairat.
2. Memastikan 100% proses pelantikan jawatan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan Provost diuruskan dalam tempoh tidak melebihi 25 minggu sebelum tempoh jawatan oleh penyandang tamat.
3. Memastikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti bersidang sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
- Hits: 1826
